Mohammad Fairus dipilh Timbalan Ketua Menteri kerana sifat pak turutnya

Lim Guan Eng sengaja melantik Mohammad Fairus yang baru berusia 32 tahun sebagai timbalan ketua menterinya yang baru kerana sikap Fairus yang suka menjadi pak turut. Ini memudahkan DAP meneruskan agenda-agenda jahatnya untuk menindas bangsa Melayu di Pulau Pinang.

Dengan usia setahun jagung dan kurang pengalaman, Lim Guan merasakan amat mudah untuk dia memperkudakan Fairus. Pelantikan Fairus dilihat sebagai usaha DAP untuk mengaburi rakyat Melayu Pulau Pinang bahawa mereka mempunyai wakil dalam kerajaan DAP. Hakikat sebenarnya ialah Fairus ini hanyalah ibarat maskot yang akan dijaja oleh DAP bahawa Melayu mempunyai wakil dalam kerajaan DAP yang amat anti Melayu.

Berbeza pula dengan perlantikan Ramasamy, 58 sebagai wakil masyarakat India yang terkenal dengan sikap ‘vokal’ dan anti Melayunya. Dijangkakan dengan adanya Ramasamy sebagai timbalan ketua menteri besar Pulau Pinang adalah untuk menjalankan tugas-tugas sebenar timbalan ketua menteri. Fairus pula sudah pasti akan diberikan profolio kurang penting dengan alasan masih muda dan kurang pengalaman.

Kita hanya dapat berdoa supaya rakyat Melayu di Pulau Pinang tidak terus ditindas dengan perkembangan terbaru ini. Saya berharap orang Melayu terutamanya dari PKR yang masih menjulang tinggi DAP ini mula sedar akan kesilapan mereka. Jangan kita jadi bak kata pepatah “Menang Sorak, Kampung Tergadai”

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: