DAP mula tunjuk belang, minta 2 jawatan timbalan menteri besar bukan Melayu di Selangor.

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini mencadangkan dua jawatan timbalan menteri besar yang mewakili kaum Cina dan India diwujudkan di negeri Selangor.

Tian Khiew yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran pada pilihan raya umum memberitahu, beliau juga mencadangkan agar kedua-dua timbalan menteri besar itu dilantik sebagai exco agar mereka mempunyai gaji dan kuasa.

Selain itu, menurut Tian Khiew, beliau turut mencadangkan empat kerusi exco negeri dikhaskan untuk DAP.

‘‘Saya mencadangkan perkara ini kerana ia pernah dibincangkan di kalangan pemimpin DAP Pusat dan memang patut direalisasikan.

‘‘Saya rasa jawatan ini (timbalan menteri besar) mungkin akan diwujudkan di Pulau Pinang,” kata beliau ketika ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini petang ini.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: