DAP mula polisi menindas Melayu, hapuskan DEB di P.Pinang

DAP anti Melayu telah memulakan polisi menindas Melayu hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang amat anti Melayu berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu dan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang.

Tujuan beliau menghapuskan dasar DEB di negeri itu adalah bagi memastikan tendar-tender kerajaan akan dimenangi oleh kroni-kroni DAP yang anti Melayu. Rata-rata tahu bahawa orang Cina di Malaysia menguasai ekonomi dan hampir setiap barangan yang terdapat di pasaran di kawal oleh peniaga-peniaga Cina. Jika tanpa DEB, DAP dapat memastikan setiap tender kerajaan akan berjaya dibida oleh peniaga Cina yang pro DAP. Ini adalah kerana adalah amat mustahil untuk pembida tender Melayu untuk menawarkan harga yang lebih murah daripada peniaga Cina. Ini kerana kebanyakan barangan/ khidmat yang hendak ditawarkan terpaksa dibeli daripada peniaga Cina yang turut membida tender tersebut. Jadi hampir 100% kepastian, harga yang ditawarkan oleh syarikat Cina adalah jauh lebih murah daripada syarikat Melayu. Syarikat-syarikat Cina sejak dulu lagi telah membina ‘network’ perniagaan di hampir setiap sektor dan memastikan monopoli pasaran adalah milik mereka.

Kita akan melihat syarikat-syarikat Bumiputera di Pulau Pinang akan mula gulung tikar kerana polisi yang memihak pada satu kaum ini dilaksanakan oleh DAP yang anti Melayu.

Pernilaian saya bahawa DAP akan berhati-hati dalam mengubah polisi yang menguris hati Melayu rupanya meleset. Mereka merasakan dengan kuasa politik yang mereka perolehi, negeri-negeri yang mereka kuasai adalah milik mereka. Mana-mana dasar yang tidak memihak kepada DAP anti Melayu ini akan dihapuskan dan diganti oleh dasar yang menjamin mereka yang pro-DAP.

Saya betul-betul kecewa dengan perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang. Saya akan menyiapkan satu artikel khas mengenai mengapa DAP begitu takutkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Advertisements

2 Responses

  1. Kemana Arah Tuju Rakyat2 Melayu disana? Tiba-tiba sahaja DEB diragut tanpa dahulu dirujuk kepada Pemimpin Tertinggi iaitu Pak Lah…. Walaupn DAP mempunyai kuasa penuh di Peneng…
    Marilah sama-sama kite renungkan… semua ini adalah dari ketaksuban kite sendiri…

  2. itulah harga yang perlu dibayar oleh melayu yang pangkah DAP semata2 kerana politik… bangunlah melayu, bangunlah!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: