Tadika KEMAS diceroboh dan dirosakkan di Shah Alam

Saya telah dimaklumkan bahawa sebuah tadika KEMAS telah diceroboh di Shah Alam, Selangor. Kejadian ini berlaku sejurus selepas BA diisytiharkan berjaya menubuh kerajaan negeri di Selangor. Menurut maklumat yang dipercayai (gambar akan disertakan tidak lama lagi), ‘signboard’ tadika KEMAS itu telah dicabut dan dibuang ke dalam longkang berdekatan. Manakala, sebuah bendera salah satu parti komponen BA berkibar gah di bangunan tersebut.

 

Kita hairan kenapa tadika KEMAS yang rata-rata pelajarnya terdiri daripada Melayu pendapatan rendah menjadi mangsa. Kejadian ini turut dilaporkan oleh arus media perdana berlaku di Kedah.

 

Apakah dosanya tadika KEMAS ini, adalah kerana ia disebut-sebut oleh parti komponen BA sebagai agen BN. Tapi, saya gagal melihat dari sudut penyokong-penyokong parti tersebut. Bagaimanakah tadika KEMAS boleh menjadi agen BN, sedangkan yang belajar rata-rata budak berumur 5 hingga 6 tahun.

 

Saya bukan hendak menentang PAS kerana PAS adalah sebuah parti Melayu yang mengistiharkan dirinya pejuang ISLAM. Tetapi, dalam konteks ini saya gagal melihat keislaman PAS dalam memenangi isu ini.

 

Bila cuti sekolah dibuka kelak, ke manakah pelajar-pelajar tadika Melayu ini akan pergi apabila sesi persekolahan dibuka nanti? Adakah mereka akan mula tercicir pelajaran di peringkat pra-sekolah kerana gara-gara keghairahan golongan tertentu berpolitik. Ibubapa Melayu yang menghantar anak-anak di tadika KEMAS pastinya tidak mampu untuk menghantar ke tadika swasta yang yuran pendaftarannya sahaja melebih RM 500 dan bayaran bulanan sekitar RM200 sebulan.

Advertisements

3 Responses

  1. Ini semua kerja orang bodoh sahaja.
    Kalau nak ceroboh, pergi ke kedai nombor ekor.
    Itu betul2 tempat yang merosakkan orang melayu.

  2. betul tu orangsepang.

    jawapan untuk post ni, tentulah PASTI.

  3. PASTI PAS..hahhah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: