Pastikan negeri-negeri dikuasai BA dipimpin oleh MELAYU!!!

Kedudukan Kerusi DUN Pilihan Raya ke-12

Kita mesti bersama-sama sebagai bangsa Melayu memberi tekanan kepadaPakatan BA supaya memastikan bakal Menteri Besar dan Timbalan MenteriBesar bagi Negeri Selangor dan Perak serta Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang MESTILAN MELAYU.

Jika tidak orang MELAYU adalah orang paling rugi kerana telah kehilangan kuasa kita di negeri-negeri yang maju seperti Selangor danPulau Pinang yang pernah dipimpin olen Menteri Besar dan Timbalan Menteri Melayu. Semasa Gerakan berkuasa di Pulau Pinang, segala tindaktanduk Gerakan masih dipantau oleh pucuk pimpinan Melayu. Tetapi apabila DAP berkuasa di Pulau Pinang sekarang, tindak-tanduk parti yang terkenal anti-MELAYU ini mungkin akan mengubah dan memindadasar-dasar yang sedia ada yang tidak memihak kepada mereka. Akhirnya, hak-hak keistimewaan orang Melayu di Pulau Pinang akan mula terhakis.

 

Oleh itu, adalah penting untuk kita memastikan Timbalan Ketua Menteriadalah terdiri daripada orang Melayu supaya boleh melakukan sedikit`check and balance’. Mungkin kuasa yang ada pada Timbalan KetuaMenteri Melayu ini tidak sekuat mana berbanding kuasa BN memantau Pulau Pinang semasa di bawah Parti Gerakan. Tetapi, ianya amat-amat diperlukan supaya dapat mengawal dan memantau DAP dari melakukan penyelewangan dan mengubah polisi dan dasar penting Kerajaan. Siapakah yang betul-betul dapat memantau tindak-tanduk DAP sekarang?

 

Perak adalah negeri yg mempunyai ramai majoriti Melayu di banyakkawasan. Akibat kekalahan BN dan kemenangan besar DAP di negeri itu,maka keadaan amat getir sekarang ialah negeri itu mungkin akan ditabir oleh parti yang betul-betul anti-Melayu. Penduduk majoriti Melayu Perak akan terpaksa akur ditabir oleh satu bangsa bukan Melayu. Makahilanglah ketuanan Melayu di Perak. Meskipun, khabar angin mengatakan calon Melayu akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak tetapi hasil dari pilihanraya ini akan menyaksikan Timbalan Menteri Besar adalah dari calon bukan Melayu. Dilihat dari keadaan ini, rakyat Melayu di Perak adalah merupakan mereka yang paling rugi dan terpaksa menerima kesan yang paling teruk daripada Pilihan Raya 2008. Dengan majoriti DAP yang besar dalam Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar (jika Melayu) akan hanya menjadi boneka kepada kaum Cina dan India.

 

Selangor yang merupakan negeri termaju di Malaysia kini sudah agak pasti memiliki Menteri Besar Melayu tetapi kita juga mungkin akan mendapat Timbalan Menteri Besar daripada DAP yang memang lantang menentang hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kita akan mula dapat melihat bahawa dasar-dasar yang diwujudkan untuk membantu orang Melayu akan mula terhakis. Sebagai negeri termaju, jika-jika dasar-dasar yang digubal untuk membantu orang Melayu terhakis maka kita akan melihat orang-orang Melayu di Selangor akan mula melarat dan mengemis di negeri sendiri.

 

Ingatlah, bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa dengan izin Sultan untuk menukar tanah-tanah `reserve Melayu’. Sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa, banyak keputusan dibuat oleh Menetri Besar dan jika ditekan maka tidak mustahil Sultan mungkin terpaksa setuju dengan keputusan untuk menukar hakmilik dan status tanah. Sekarang, jika Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang dilantik hanyalah boneka, maka kita terpaksa redha untuk melihat tanah-tanah yang bernilai tinggi jatuh ke tangan bukan Melayu maka bermulalah kejatuhanketuanan Melayu di Malaysia. Orang Melayu di Malaysia tidak menguasai bidang ekonomi seperti Cina, tanah-tanahlah yang menjadi salah-satu lambang ketuanan Melayu di Malaysia. Jika ini pun kita hilang, kita akan dikenali sebagai pendatang di negara sendiri.

 

Ingatlah juga, dasar 10% diskaun kepada pembelian rumah dan quota 30% selama ini dikuatkuasakan oleh Menteri Besar terutama sekali di Selangor. untuk memastikan rumah-rumah yang dibina mampu dan akan dimiliki oleh orang Melayu. Menteri Besar mempunyaikuasa untuk menghapuskan dasar ini.

 

Wahai Bangsa Melayu, kita telah melihat dalam Pilihanraya 2008 ini,betapa kaum bukan Melayu yang kita anggap sebagai sahabat dan teman telah berjaya dipengaruhi oleh DAP yang anti Melayu. Kemenangan DAP secara besar-besaran disebabkan oleh setimen anti-Melayu yang dimainkan oleh DAP. Kelemahan pentadbiran Datuk Seri Abdullah Badawi dalam usaha untuk mengekang setimen anti-Melayu yang dimainkan oleh DAP telah berjaya membuahkan hasil yang besar pada masa yang sama orang Melayu menerima tamparan yang hebat. Sekarang, orang Melayu mesti berhati-hati dengan kaum bukan Melayu kerana majoriti mereka sekarang adalah terdiri daripada golongan yang anti dasar-dasar yang membantu orang Melayu.

 

Jika tsunami dalam Pilihan Raya 2008 ini berterusan, kita mungkin terpaksa akur yang hak keistimewaan Melayu akan terhapus dalam masa 10 tahun akan datang. Pada masa itu adakah orang-orang Melayu yang masih miskin dan mundur akan berjaya keluar dari kemiskinan mereka terutama sekali tanpa bantuan hak keistimewaan orang Melayu. Maka, orang Melayu akan kekal sebagai bangsa termundur di Malaysia, TANAH MELAYU!!!!!!!

 

Jika anda sayangkan agama dan bangsa, sebarkanlah!

 

Anti DAP
(Malay Guardian)

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: