Mohamad Nizar Menteri Besar Boneka DAP??

Mohammad NizarAdakah Mohamad Nizar Jamaluddin akan menjadi Menteri Besar Boneka DAP di Perak. Ini memandangkan DAP mempunyai majoriti sebanyak 18 kerusi DUN berbanding PAS hanya 6 sahaja.

 

Kita sedia maklum bahawa DAP adalah amat licik dan mungkin bersetuju meletak Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar boneka kerana Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan negeri-negeri yang mempunyai Sultan mestilah diwakili oleh Melayu. Tetapi, kita tahu bahawa terdapat begitu ramai peguam-peguam didalam DAP yang sedang meneliti kepincangan perundangan ini bagi memastikan orang bukan Melayu boleh menjadi Menteri Besar. Jika tidak, dengan kuasa majoriti kerusi mereka berbanding parti-parti BA yang lain, mereka mungkin akan cuba mengubah dasar ini.

 

Kita amat berharap Menteri Besar (MB) dari PAS ini bukan hanyalah boneka DAP dan Timbalan Menteri Besar (TMB) yang dilantik sudah pasti bukan Melayu. TMB ini mungkin secara tersiratnya mempunyai profolio yang pentinng berbanding MB sendiri di mana keputusan-keputusan yang dibuat adalah arahan daripada pucuk pimpinan DAP yang sememangnya anti-Melayu dan anti-Islam.

 

Jika benar MB wakil daripada PAS bukanlah boneka DAP, maka dengan kuasa yang ada sebagai MB, Mohamad Nizar mestilah membuktikan dia benar-benar menguasai kepimpinan negeri Perak. Adalah penting bagi MB Mohd Nizar untuk menjalankan hukum HUDUD selaras dengan janji PAS kepada pengundi-pengundi ISLAM yang telah mengundi PAS di Perak.

 

Jika PAS tidak berani menjalankan Hudud di mana wakil PAS mempunyai kuasa sebagai MB, maka MB ini hanyalah MB boneka DAP. Ini bagi menutup kemarahan majoriti penduduk Melayu di Perak.

 

Apa yang kedua lebih penting, ialah memastikan Timbalan Menteri Besar Perak juga terdiri daripada orang Melayu bagi meneruskan ketuanan Melayu di Perak!!

Advertisements

One Response

  1. orang melayu pun ade yang tak faham Islam….
    ni pula DAP…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: